Friday, September 12, 2008

ZEOLITE DAN KEGUNAANNYA

ZEOLITE adalah merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah.

Ianya juga berfungsi sebagai agen perawat tanah dimana ZEOLITE dapat membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0).Dari sudut saintifik pula, ZEOLITE yang mempunyai kadar pertukaran ion (CEC) yang tinggi, ini menggambarkan sebagai satu platform untuk baja kekal lebih lama di tanah tanpa banyak berlakunya pembaziran. Ini bermakna ia dapat mengurangkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

Di Malaysia, pihak MARDI dan MPOB telah membuat kajian terhadap ZEOLITE. Mereka mendapati zeolite dapat meningkatkan hasil pertanian dan disamping itu juga dapat mengurangkan penggunaan baja. Pihak MPOB juga ada menghasilkan satu formula Baja MPOB F3* yang menggunakan 25% bahan Zeolite ini.Setakat ini penggunaan zeolite digunakan secara meluas di negara-negara maju seperti Jepun, Taiwan, dan kebanyakkan Negara-negara Eropah.


ZEOLITE digunakan secara meluas didalam penapisan dan pembersihan air, pelembut dan aplikasi lain.Di dalam kimia, ZEOLITE digunakan untuk memecahkan molekul, bertindak sebagai perangkap untuk molekul supaya mudah dianalisa.


ZEOLITE mempunyai potensi didalam industri petrokimia, pembinaan, nuclear, pertanian, perternakan, penapisan dan pembersihan air, bidang kosmetik, perubatan, penyejukan dan pemanasan, serbuk pencuci dan perubatan.

Tanah di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga jenis tanah seperti Tanah Gambut, Tanah Pendalaman dan Tanah Persisir Pantai atau Lanar Laut. Mengikut kajian, oleh kerana negara kita menerima taburan hujan yang tinggi setahun dan keadaan tanah yang berasid, tanah-tanah ini kebanyakan hanya dapat memegang kira-kira 60% unsur dari baja. Selebihnya dibawa oleh aliran air hujan ke tempat lain.


MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PEKEBUN

· MASALAH BAJA
-Baja yang ditabur tidak dapat diserap sepenuhnya oleh pokok.
-Kurang pengunaan baja mengikut kadar keperluan kelapa sawit.
- Penggunaan baja tidak efektif akibat dari jenis tanah yang masam.

· MASALAH TANAH
Tanah berasid, Tanah kering dan Tanah berpasir
Aktiviti pembajaan dan meracun tidak terkawal akan mengakibatkan tanah berasid
dan ini sekaligus tanah t idak efektif untuk aktiviti penanaman sawit.
Tanah berpasir pula kurang berupaya memegang unsur nutrisi.

· MASALAH AIR
Saliran pengairan tidak memadai.
Sumber air masam (berasid).
Bekalan air tidak mencukupi.
Air jenis liat (hard water), tidak mudah diserap oleh tumbuhan.


PENYELESAIAN DENGAN MENGGUNAKAN ZEOLITE
Struktur molekul ZEOLITE yang berbentuk “honey comb” ADALAH BERONGGA yang dapat MENYELESAIKAN masalah baja, tanah dan air.

Molekul-molekul zeolite berperanan seperti “span” yang MENYERAP baja, udara dan air dan MENGHALANG baja-baja ini dari dibawa aliran air dan meninggikan indeks kelembapan.
Molekul ZEOLITE mudah bergabung dengan molekul tanah dan melekat di akar tumbuhan, faktor-faktor ini akan menyebabkan baja sentiasa dibekalkan kepada tumbuhan.ZEOLITE berupaya mengekalkan pH tanah kepada pH neutral dan membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0).

ZEOLITE mempunyai CEC yang tinggi dan membekalkan baja secara berterusan

PENGENALAN PRODUK

Nama Produk : AGROLITE® /ZEOPLUS®

Kelas : Silicates
Sub- Kelas : Tectosilicates

Kumpulan : Zeolite
Zeolite Family : HeulanditeChemical

Name : Hydrated Sodium Potassium Calcium Aluminum Silicate

Synonym : Clinoptilolite

Saiz : i. Serbuk : Mesh - 150
ii. Kasar : Saiz - 2-5mm

Warna : Kelabu

Formula Kimia : (Na,K,Ca)2-3A13(Al,Si)2Si13036.12(H2O)

Formula Empirik : Na0.85 K4.72 Ca0.04 Sr0.37 Mg0.19 Fe2+0.03 Mn2+0.01
Al6.52 Si29.38 O72’24 (H2O )

Analisa Tipikal :

Unsur Peratus
SiO2 73.00 %
Al2O3 11 .00%
Fe2O3 1.61 %

TiO3 0.5 %
CaO 2.56 %

MgO 1.5 %

K2O 2.26 %

Na2O 1.76 %

pH Value 7 – 8

Loss of Ignition 9.5

CEC MEQ /100gram 160 MEQ
Pembungkusan : AGROLITE® 25 Kg/bag ZEOPLUS® 50 Kg/bag

Kapasiti pengeluaran : 10,000 Tan Metrik sebulan

Fungsi : Perawat Tanah.


Tanaman : Sesuai Untuk Semua Jenis Tanaman
( Mengikut Sukatan yang disarankan )

Tanaman komersial seperti Kelapa Sawit, Getah, Koko , Pokok Buah-buahan , Padi dan
sebagainya

Tanaman kontan seperti pisang, ubi, tebu , jagung, Cili dan sebagainya

Tanaman sayuran , semaian dan pokok bunga

Kaedah membaja : Taburan


TANAMAN SUKATAN KEKERAPAN CARA

Kelapa Sawit 1-3 Kg / Pokok 4 bulan Sekali Tabur 2 – 8 Kaki
Sekeliling pokok
Padi/Tembakau 100 Kg / Ekar Setiap musim Tabur Keseluruhan
Tapak
Tanaman Getah 50 Kg / Ekar 3 Bulan sekali Tabur keseluruhan
tapak tanaman
Koko 100 Kg / Ekar 3 Bulan sekali Tabur 2 – 8 kaki
sekeliling pokok

Sayuran/nurseri/ 75/125 kg / ekar Setiap musim Campur dengan tanah semaian

Pokok bunga
berpasu
1-2 sudu 1 bulan sekali Tabur keliling

Pokok buah-buahan
(nenas, pisang,
rambutan, koko
dan lain-lain)
1-2 kg / pokok Setiap musim / Tabur sebelum tanam /
3 bulan sekali tabur keliling pokok

Ternakan udang
& ikan
150-650 kg Sebelum masuk benih Tabur dengan sekata
/ kolam (1 m dalam)

Cara Penggunaan Yang Terbaik
Mengikut MPOB,Sumber : Ahmad Tarmizi,MPOB information Series,ISSN 1511-7871,June 2007
Peratusan kehilangan Ammonia dalam tanah lebih cepat berbanding dengan Campuran ammonia+zeolite.

Ini disebabkan masaalah tanah masam,leaching,tanah berair (sila baca di MASAALAH-MASAALAH YANG DI HADAPI PEKEBUN)

Dalam masa 16 hari hampir 30% ammonia hilang berbanding dengan ammonia campuran zeolite hanya 3% sahaja.



Dengan Menggunakan Zeolite penjimatan penggunaan Baja Dan menambahkan Hasil,MPOB juga menggunakan Zeolite Didalam MPOB-F3, sila rujuk di MPOB-Fertilizer,
KAJIAN INI TELAH DIJALANKAN KE ATAS POKOK TOMATO
Minggu pertama
Tumbuhan di pasu coklat menggunakan baja organik dicampur dengan Agrolite(Zeolite keluaran Syarikat kami)
Tumbuhan di pasu hitam menggunakan baja kimia N:P:K, 15:15:15,
........................................................................................................................................
Minggu ke-5
Tumbuhan yang menggunakan baja organik yang dicampur Agrolite menunjukkan pertumbhan yang memberangsangkan.
........................................................................................................
........................................................................................................
........................................................................................................
........................................................................................................
Minggu ke-10
Perbezaan semakin ketara diantara kedua-dua pokok, Keberkesanan Agrolite terbukti,

.........................................................................
.........................................................................
.........................................................................
........................................................................

Minggu ke-15
Tumbuhan di pasu coklat menggunakan baja organik dicampur dengan Agrolite mula berbuah.
Tumbuhan di pasu hitam menggunakan baja kimia N:P:K, 15:15:15,baru mengeluarkan bunga.
.................................
*Gambar ini dibesarkan atas untuk menjelaskan lagi buah tomato yang dah berbuah.

GETAH!! KENAPA HUJAN TAK BOLEH MENOREH




Kenapa hujan tak boleh menoreh??
1 hari tak menoreh,awak rugi dalam RM100/ekar, Kalau alasan hujan tak boleh menoreh, kat sini ada ubatnya,
Dikenali dengan GARAM MAGIC, hanya menggunakan 3-4 titik garam yang dicampur dengan air kedalam mangkuk getah, dalam 3 minit getah akan beku.

Disini masaalah hujan bukan lagi alasan untuk tidak pergi menoreh,



GARAM PEMBEKU SUSU GETAH 3 MINIT (QUICK FREEZE)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN
  1. SENANG DAN MUDAH DIGUNAKAN
  2. MEMBEKU GETAH DENGAN SEGERA, KURANG DARI 3 MINIT
  3. SELAMAT DAN TIDAK MERBAHAYA KEPADA TANGAN,MUKA SERTA LAIN-LAIN ANGGOTA,
  4. TIDAK MEROSAKKAN PELAN POKOK/AKAR
  5. TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA,(DIHASILKAN DARI MINERAL BUMI)
  6. TAHAN LAMA-TIADA TARIKH LUPUT
  7. SATU KAMPIT UNTUK KEGUNAAN 15-20 EKAR LADANG GETAH
  8. POKOK GETAH YANG MENGGUNAKAN ETHEPON MEMBEKU KURANG 10 MINIT

TUJUAN

  1. MENGELAKKAN KECURIAN GETAH MASA KINI
  2. PEMERIKSAAN BERSKALA PENGELUARAN SUSU GETAH
  3. DAPAT MENOREH KETIKA HARI MENDUNG ATAU HARI BARU HUJAN (TIDAK PERLU RISAU DAH MENOREH TAPI TAK DAPAT HASIL)
  4. MEMPERCEPATKAN UNTUK MEMUNGUT HASIL
  5. MENGUPIK GETAH DENGAN MUDAH DAN TIDAK MELEKAT

TEMPOH GETAH MENJADI BEKU MUNGKIN BERBEZA MENGIKUT DRC GETAH

SERTA KUANTITI SUSU GETAH

CARA PENGGUNAAN :

(POKOK GETAH YANG TIDAK MENGGUNAKAN ETHEPON)

  • CAMPURKAN 5-8 SUDU BESAR GARAM DENGAN 1.5 LITER AIR (Botol mineral besar)

Titiskan 4-5 titik kedalam mangkuk getah, hasilnya getah akan membeku dalam masa 3-4 minit. Boleh digunakan sebanyak 3 ekar untuk 1 botol

(POKOK GETAH YANG MENGGUNAKAN ETHEPON)

  • CAMPURKAN 10-12 SUDU BESAR GARAM DENGAN 1.5 LITER AIR (Botol mineral besar)

Titiskan 4-5 titik kedalam mangkuk getah, hasilnya getah akan membeku dalam masa 3-4 minit.Boleh digunakan sebanyak 3 ekar untuk 1 botol

SENANG,JIMAT,MUDAH DAN BERKESAN